Jumaat, 23 Januari 2009

Kehidupan memerlukan kita untuk berfikir..





Pernah tak Anda Terfikir?
Kadang- kadang apa yang terjadi dalam hidup ini penuh dengan hikmah- Nya sehingga tidak tergambar oleh kita sebagai hamba-Nya. Apa yang kita lalui dalam hidup ini penuh dengan cabaran dan dugaan. Setiap kali kita tersungkur, setiap kali itu juga ia akan mengingatkan kita pada diri kita. Betapa kerdilnya diri ini, umpama sebesar zarah. Begitulah hidup kita di dunai ini.

Pernah tak kita terfikir bagaimanakah keadaan kita sebelum hari ini?

Cuba anda imbau kembali...

10 tahun yang lepas?

Dimanakah kita?

Mungkin kita di sekolah...mentelaah buku...bermain bersama kawan- kawan, bercerita dengan rakan, berkongsi sahaja...indahnya dunia ini. Hidup ini terasa tanpa batasan..kan indah andai waktu itu dapat berputar kembali .

Jika difikirkan, memang zaman kanak- kanak merupakan zaman emas buat kita. Hidup kita sekarag adalah dipengaruhi oleh zaman yang lampau. Tak kemana kita tanpa pengalaman yang lampau. Tanpa pengalaman mugkin kita tidak sematang ini. Tanpa pengalaman lalu jugak kita tidak kenal erti hidup. Mugkin tanpa pengalaman kita tidak erti roda. Pernah tak anda mendengar perumpamaan ini ‘biar menjadi ikan di laut’? walaupun air laut tetapi isinya tidak semasin air laut!

Hidup penuh dengan dugaan dan cabaran. Saya yakin semua orang pernah melalui detik- detik gentir. Dan saya yakin semua di antara kita pernah di hina, di cemuh dan ada juga yang di tolak terus ketepi. Itu adalah asam garam dalam hidup. Bila diimbas kembali, bermuhasabah diri, kita sebenarnya mampu berdiri sendiri dengan kaki kita sendiri.

Pernah tak anda terfikir? Mengapa kita masih bersemangat? Mengapa kita tidak kebelakang menoleh kegagalan lampau? Mengapa kita masih teruskan kehidupan ini walaupun kita pernah ketandusan semangat?
Mengapa dan mengapa?

Jawapannya kerana kita masih punya kekuatan diir. Punya potensi diri yang terpendam dan kita bukan orang yang mudah patah semangat. Kita mampu hadapi segala cabaran kerana kita seorang yang berkemampuan!

Saudara sekalian, kemampuan kita terletak pada iman kita kemudian turun ke hati. Sesungguhnya bukan mudah untuk memiliki kekuatan kerana kekuatan itu tidka datang dengan sendiri. Ia perlu dicari, digali dan di scan. Betul ke? Anda fikir- fikirkanlah.

Khamis, 22 Januari 2009

Adakah Saya Juga Seorang Kaunselor?

Secara mudah kaunselor adalah orang yang menjalankan perkhidmatan "bimbingan" dan "kaunseling".
Menjadi seorang kaunselor bukan bermakna diri kita adalah seorang yang hebat, yang boleh ‘menaklok’ segala masalah, boleh melihat masalah dari raut wajah seseorang dan sebagainya. Fungsi kerja seorang kaunselor adalah didasarkan kepada falsafah kaunseling itu sendiri iaitu;
Kaunseling adalah berdasarkan pada pengiktirafan tentang digniti dan harga diri seseorang individu dan haknya untuk mendapat pertolongan pada waktu yang diperlukan.
Kaunseling perihatin pada perkembangan optimum keseluruhan individu.
Kaunseling mestilah menghormati hak individu menerima atau menolak pertolongan dan khidmat yang diberi padanya.
Kaunseling berkisar di sekitar kerjasama dan bukan paksaan.
Kaunseling mestilah diserahkan kepada orang yang mempunyai latihan dan pengalaman dibidang tersebut.
Fokus kaunseling ialah menolong individu menyedari dan menggunakan potensi dan keupayaannya dan bukan hanya menyelesaikan masalah yang ‘isolated’ atau berasingan.
Bagaimana menjadi seorang kaunselor yang therapeutic?
Menurut Gerald Corey (Theory and Practice of Counseling and Psychotherapy), ada 19 cara yang ‘baik’ untuk menjadi kaunselor yang therapeutic:
Effective counselors have an identity
They respect and appreciate themselves
They able to recognize and accept their own power
They are open to change
They are expanding their awareness of self and others
They are willing and able to tolerate ambiguity
They are developing their own counseling style
They can experience and know the world of their client, yet their empathy is nonpossessive
They feel alive, and their choices are life-oriented
They are authentic, sincere, and honest
They have sense of humor
They make mistakes and are willing to admit them
They are generally live in the present
They appreciate live in the present
They are able to reinvent themselves
They are making choices that shape their lives
They have a sincere interest in the welfare of others
They become deeply involved in their work and derive meaning from it
They are able to maintain healthy boundaries
Islam juga menekankan betapa pentingnya peranan kaunselor dengan memberi perhatian kepada ciri-ciri kaunselor yang baik antaranya:
Hikmah (bijaksana)
Kaunselor hendaklah menggunakan kebijaksanaannya dalam ia menerima pelanggan (klien) dengan hati terbuka, menggunakan tutur kata yang baik dan menyenangkan atau cara kasar mengikut rentak yang sesuai dengan pelanggan yang ganas sekiranya cara itu boleh menawan hati pelanggan dan melemahkannya sebelum diajak berbincang dalam suasana penuh kemesraan.
Mau’izah (pengajaran yang baik)
Apabila kaunselor bertindak memberi nasihat dengan penuh kasih sayang dan ikhlas hati dengan mengemukakan buruk baiknya sesuatu itu agar pelanggan dapat membuat pertimbangan yang wajar berdasarkan Rasulullah sendiri pun diutuskan untuk menyatakan khabar berita yang menggembirakan dan khabar berita yang menakutkan
Mujadalah (dialog)
Berdialog dengan kliennya dengan memberikan hujjah-hujjah yang munasabah dan bersesuaian dengan masalah yang dihadapi, oleh itu, kaunselor juga harus ada ilmu dan pengalaman supaya ia boleh dijadikan garis panduan ketika membantu klien.
Ilmu Allah
Qada dan Qadar itu rahsia Allah dan tidak ada sesiapa yang mengetahuinya, maka hal ini boleh diambil pakai untuk kaunseling klien yang bermasalah bagi mencari ketenteraman jiwa.

Rabu, 21 Januari 2009


Salam Ukhwah buat semua....

moga blog ini mampu memberi manfaat kepada kita semua dan mampu mengeratkan lagi silratulrahim di antara kita sesama manusia....




Gratisan Musik