Secara mudah kaunselor adalah orang yang menjalankan perkhidmatan "bimbingan" dan "kaunseling".
Menjadi seorang kaunselor bukan bermakna diri kita adalah seorang yang hebat, yang boleh ‘menaklok’ segala masalah, boleh melihat masalah dari raut wajah seseorang dan sebagainya. Fungsi kerja seorang kaunselor adalah didasarkan kepada falsafah kaunseling itu sendiri iaitu;
Kaunseling adalah berdasarkan pada pengiktirafan tentang digniti dan harga diri seseorang individu dan haknya untuk mendapat pertolongan pada waktu yang diperlukan.
Kaunseling perihatin pada perkembangan optimum keseluruhan individu.
Kaunseling mestilah menghormati hak individu menerima atau menolak pertolongan dan khidmat yang diberi padanya.
Kaunseling berkisar di sekitar kerjasama dan bukan paksaan.
Kaunseling mestilah diserahkan kepada orang yang mempunyai latihan dan pengalaman dibidang tersebut.
Fokus kaunseling ialah menolong individu menyedari dan menggunakan potensi dan keupayaannya dan bukan hanya menyelesaikan masalah yang ‘isolated’ atau berasingan.
Bagaimana menjadi seorang kaunselor yang therapeutic?
Menurut Gerald Corey (Theory and Practice of Counseling and Psychotherapy), ada 19 cara yang ‘baik’ untuk menjadi kaunselor yang therapeutic:
Effective counselors have an identity
They respect and appreciate themselves
They able to recognize and accept their own power
They are open to change
They are expanding their awareness of self and others
They are willing and able to tolerate ambiguity
They are developing their own counseling style
They can experience and know the world of their client, yet their empathy is nonpossessive
They feel alive, and their choices are life-oriented
They are authentic, sincere, and honest
They have sense of humor
They make mistakes and are willing to admit them
They are generally live in the present
They appreciate live in the present
They are able to reinvent themselves
They are making choices that shape their lives
They have a sincere interest in the welfare of others
They become deeply involved in their work and derive meaning from it
They are able to maintain healthy boundaries
Islam juga menekankan betapa pentingnya peranan kaunselor dengan memberi perhatian kepada ciri-ciri kaunselor yang baik antaranya:
Hikmah (bijaksana)
Kaunselor hendaklah menggunakan kebijaksanaannya dalam ia menerima pelanggan (klien) dengan hati terbuka, menggunakan tutur kata yang baik dan menyenangkan atau cara kasar mengikut rentak yang sesuai dengan pelanggan yang ganas sekiranya cara itu boleh menawan hati pelanggan dan melemahkannya sebelum diajak berbincang dalam suasana penuh kemesraan.
Mau’izah (pengajaran yang baik)
Apabila kaunselor bertindak memberi nasihat dengan penuh kasih sayang dan ikhlas hati dengan mengemukakan buruk baiknya sesuatu itu agar pelanggan dapat membuat pertimbangan yang wajar berdasarkan Rasulullah sendiri pun diutuskan untuk menyatakan khabar berita yang menggembirakan dan khabar berita yang menakutkan
Mujadalah (dialog)
Berdialog dengan kliennya dengan memberikan hujjah-hujjah yang munasabah dan bersesuaian dengan masalah yang dihadapi, oleh itu, kaunselor juga harus ada ilmu dan pengalaman supaya ia boleh dijadikan garis panduan ketika membantu klien.
Ilmu Allah
Qada dan Qadar itu rahsia Allah dan tidak ada sesiapa yang mengetahuinya, maka hal ini boleh diambil pakai untuk kaunseling klien yang bermasalah bagi mencari ketenteraman jiwa.
Khamis, 22 Januari 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan