Jumaat, 13 Februari 2009

Tekanan dan stress


Kita semua mungkin selalu berhdapan dengan situasi yang menekankan. Tak kiralah sama ada di rumah hatta di tempat belajar. Kadang- kadang di shopping complex pun boleh memberi kita tekanan. Saya memang selalu tertekan tambahan lagi assigment yang makin banyak. Semau nak kena settle. Bila banyak mulalah tak tahu mana yang nak dimulakan dulu. Makin berserabut jadinya. Semua benda tak leh nak buat. Muka mulalah masam mencuka. Urat- urat tua mulalah timbul. Bila stress sikit mulalah perkara yang kecil jadi besar. Pantang ada yang tak kena cikit, perasaan marah dan tak puas hati mula la nak naik ikut sekali. Kalau time tak ada masalah, tak kisah pun apa orang nak kata, macam mana orang nak layan kita! Tapi bila tertekan sikit benda kecil pun boleh menyerabutkan kepala. Contohnya, kawan serumah saya ke pekan tak ajak saya, boleh pulak saya terasa. Macam- macam benda yang saya fikirkan. Benda- benda negatif yang datang dalam fikiran saya. Bila berfikiran negatif, saya selalu mendiamkan diri. Senyap je. Tak seceria seperti biasa. Cuma satu je yang saya bangga tentang diri saya, kalau tertekan macam mana pun saya tetap akan tersenyum kecuali kepada yang tak suka senyum dengan saya.

Kadang- kadang bila difikirkan, tekanan ada juga kebaikan. Tanpa tekanan kerja tak jalan. Kalau pensyarah tak cakap minggu depan last hantar assigment rasanya bahan pun belum ada lagi. Itulah kuasa tekanan. Tapi kalau tekanan berlebihan memang susah sedikit.

Tekanan ini boleh datang pada bila- bila masa sahaja dan dalam apa keadaan situasi sekali pun. Tengah beratur nak naik bas dengan cuaca yang panas, bersesak- sesak tinggu giliran pun tekanan boleh datang. Masuk- masuk dalam bas air- cond pulak tak ada, mahunya hot.

Bagaimana cara yang paling ideal untuk kita kurangkan tekanan?
bila tertakan, saya jadi mudha marah. Bila marah, saya selalu sepah- sepahkan barang. Kalau barang tu tak pecah kira nasib baik. Tapi kalau barang tu boleh rosak, pecah kan rugi namanya. Sebenarnya ada cara yang terbaik untuk kita kurangkan tekanan. Antarnaya:

Tidur sejenak
Tidur sejenak selama 30 - 45 minit akan menyegarkan tubuh kembali. Orang-orang ternama yang memanfaatkan tidur siang untuk menangani stres adalah John F. Kennedy, Thomas Edison dan Salvador Dali.
2. Pengurutan
Anda boleh mengunjungi seorang pakar urut profesional ataupun meminta pasangan atau seorang sahabat untuk mengurut otot-otot leher dan bahu anda.
3. Mengekspresikan diri secara artistik
Jadilah orang yang kreatif dan alihkan energi anda secara positif. Anda boleh cuba untuk belajar akting, atau memainkan alat muzik, mengambil gambar, melukis, menulis puisi ataupun menyanyi. Muzik adalah media pereda stres yang sangat baik. Memainkan alat muzik atau cuma sekadar mendengar muzik sangat membantu untuk melegakan stres.
4. Kerap ketawa
Cara ini bukan rahsia lagi. Tertawa boleh menyebabkan tekanan/stress yang ada hadapi menjadi lebih ringan. Sentiasa tunjukkan ekspresi yang menyenangkan diwajah anda. Ketawa bukan sahaja dapat hilangkan stress bahkan
5. Bersikap lembut terhadap diri sendiri
Sama ada disedari atau tidak, sebenarnya kita secara terus-menerus berbicara kepada diri kita sendiri. Berbicara kepada diri sendiri menunjukkan perilaku dan citra diri. Anda boleh mengubah kedua-dua perkara tersebut melalui pembicaraan yang positif kepada diri anda sendiri. Malahan pembicaraan tersebut boleh menyebabkan perubahan terhadap proses kimiawi tubuh yang menguntungkan, dengan cara mengaktifkan sistem saraf yang menimbulkan relaksasi. Sebaliknya, pembicaraan yang negatif kepada diri sendiri akan menyebabkan rangsangan terhadap sistem saraf simpatik dan menyebabkan tubuh berasa kelelahan.

6.DOA
- Doa mengelakkan lapan perkara:
1. Rasa sedih
2. Dukacita
3. Malas
4. Lemah
5. Penakut
6. Bakhil
7. Bebanan hutang
8. Gangguan Manusia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan